Tuesday 7 January 2014

APABILA IBU BEKERJA , ANAK DIHANTAR KE PENGASUH

[ Apabila Ibu Bekerja, Anak Dihantar ke Pengasuh ]

Oh. Skang ni kalo tengok kat media,satu,satu berita menakutkan ibu bapa keluar.. Sampai rasa simpati dan sedih tu dah jadi perasaan marah pulak..

Memanglah ajal maut tu takdir Allah,tapi malangnya qada' dan qadarnya,anak2 ada yang mati di tangan pengasuh! Nauzubillah.

Tadi saya terbaca berita mengenai bayi 4bulan yg selama ni sihat tiba-tiba saja diberitahu meninggal oleh pengasuh. Dihantar sihat,tapi bila diterima dah jadi mayat.

Di kawasan perumahan mentua saya pun ada kes hantar anak kembar ke pengasuh tapi salah sorang kembarnya menemui ajal. Jawapan pihak nursery, 'kami tak tengok dia sebab dia takda meragam2 pun kat tingkat atas,tak nangis apapa pun,jadi jaga bebudak kat bawah ajalah'

Hai,mak mana yang tak berasap agaknya kalau dengar.. sebab dia tak nangis tak bunyi la kena selalu tengok. Entahla kan kalo sy pun tak gamak nak tinggal anak orang tanpa jenguk langsung.

Bulan sebelum ni heboh pasal pengasuh baling budak. Memang psycho pun tengok cara dia tu. Ya Rabbi,kuat betul lah mak dia tu sabar. Saya boleh sabar,tapi lepas saya cabut kuku pengasuh indon tu dulu. Mak mana yang tak tersentap kan.

Yang saya paling tak boleh terima,kejadian pengasuh lempang kanak2 yg dirakam secara tertutup tu. Pertama kali tengok kat berita saya terus meraung,tak boleh mampu nak tengok berita penuh. Sampai saat saya menulis ni pun,saya terngiang2 lg suara budak tu menjerit meraung terkejut kena lempang.. punya la kuat macam tu dia buat pada budak kecik.

Pada pengasuh tu,kalau nak tunjuk tangan tu kuat,tangan tu hebat,bukan kat budak tu,tapi kat sini,kek den ni.. Kau lompang la den kuat2 kalo kau nak lopeh kau marah. Tapi kau jangan takut utk terima lempangan den pulak sebab lempangan ni mewakili budak yg dilompang ekau tu.. tunjukkan kehebatanmu kat mak budak ni,bukan pada si kecik yg belum berkudrat macam tu bro..

Saya masa belum berkahwin dulu tak pulak pernah terfikir nak berhenti kerja kerana nak ikut suami.. Memula masa suami ajak berhenti saya sendiri rasa gelap jap dunia. I love my career's life. 5Tahun berkhidmat dengan kerajaan negeri,rasa sayu nak pindah.

Tapi hari ni,saya rasa berterima kasih pulak kat suami yang berseorangan menyara saya dan anak dan tak pernah pulak mintak saya bekerja tu, sebab ask for me to quit. Walaupun dia mampu untuk menyara keluarga dan jugak pengasuh seandainya saya bekerja,tapi saya tahu dia tak mahu anaknya dijaga orang lain yang kita tak kenal tanpa usul periksa.

Tika ini, saat ini saya menceburkan diri dalam bidang bisnes supplement kesihatan,setelah selepas 2tahun bekerjaya sbg surirumah sepenuh masa dan diizinkan suami untu berbisnes kerana saya, MASIH TETAP BERADA DI RUMAH MENGURUSKAN ANAK DAN RUMAH TANGGA dan MASIH MENIKMATI GAJI DARI TITIK PELUH SENDIRI sambil menepuk anak tdo..

Alhamdulillah. Ini push factor saya. Saya taknak orang lain yang jaga anak saya melainkan diri saya sendiri,ayahandanya,ibu saya dan tentulah ibu mentua saya. Kerana nilai kaseh sayang walau setinggi mana yg org lain tunjukkan,saya pasti ia terbatas untuk melayan anak saya macam anak mereka sendiri.

Saya harap ibu2 di luar sana dipermudahkan Allah dalam menjaga anak2 sendiri. Dan saya berbangga,kerana saya bukan sahaja suri rumah,tapi suri di dapur,suri di hati suami,bahkan I am proud of me as Working At Home Mom..

Fabi aiyyi aalaa irobbikuma tukadzibaan... Masya Allah..
Alhamdulillah, Tobarokallah..

Maaf zahir batin kalo ada silap salah..

No comments:

Post a Comment

Thanks dari pihak bonda.