Thursday 31 October 2013

November Vivix Promotions

Assalam..

Bulan ni promosi untuk Vivix.

BERPANTANG DAN SEMBELIT.

Assalam mun alaika..

Hmm.. Dah lama dah bonda nak poskan entri ni, tapi tak berkesempatan sebab menguruskan anakanda bonda dan rumah.

Berkenaan tajuk. Mungkin ramai ibu2 yang dalam berpantang akan menerima nasib yang sama macam mana yang bonda rasa. Macam bonda dulu, doktor@nurse tak bagi sebarang ubat pelembut najis yang macam orang lain dapat. Mungkin sebab time tu ramai orang kot. Bonda pun tak dapat2 katil. Entahlah. Jadi masa lepas ja bersalin, langsung tak ada perasaan nak membuang. Ofkos jugakla yang bonda takut nak membuang. Sebab bonda tau bonda ni sembelit tahap apa. Tahap dewa dah kot..

Walaupun beberapa hari masa menjelang nak bersalin tu, sangat lawas sangat2. Asal lepas makan aja membuang. Kadang2 tetiba nak tido pun dia nak membuang. Masa tu bonda saspek yang memang bonda dah dekat nak deliver sebab lain macam aja peel perut ni. Tapi bertuah jugak sebab biasanya orang akan sembelit bila time dekat2.


Pendek cerita. Jahitan bonda ni banyak + Takut sakit = Tak mau membuang. Balik dari hospital (4hb 2/ Isnin) bonda mengalami krem kaki sangat2. Sampai nak angkat kaki nak melangkah pun seksa sangat. Bonda balik rumah ditemani suami bonda saja. Ibu bonda still kat penang. Masa tu susu bonda saaaangat sikit. Hampir aja serender nak beli FM. Anakanda merengek2 nak susu, kesian sangat bonda tengok masa tu. Tapi bonda tepuk2 bagi anakanda tido dulu sementara bonda nak pam susu. Kalau tengok balik wajah anakanda Abqary masa merengek-rengek tu,sayu sangat..

Dalam masa yang sama. Perut ni mula sakit2 dan nak membuang jugak. Dipendekkan lagi cerita, esoknya selasa, anakanda Abqary masuk NICU sebab Jaundis. Sangat tinggi. Nanti bonda cerita lagi tentang jaundis tu kat entri lain. Tapi Hari Rabu dah anakanda discaj sebab dah menurun sikit bilirubinnya. Balik dari hospital tu, ayahanda singgah jap farmasi kat Alam Jaya untuk beli Lactulose. Sampai aja rumah terus bonda minum 1 cup. Tapi tah macam mana, tak sampai setengah jam bonda rasa nak membuang, terus tetiba tercirit. Ingat ka sebab ubat tu. Tapi elok aja duduk kat tandas, alangkah seksanya bonda alami sembelit yang rasa sampai menyucuk2 kat anus. Time tu saaaaaaangat lah perit sebab bonda nak tahan rasa sakit jahitan tu.

Memang entri ni agak menakutkan. Tapi perjalanan sembelit bonda memang tragis masa dalam pantang. Masa dalam pantang, percaya tak.. Yang bonda LANGSUNG tak makan.. Betul.. Bonda tak berani nak makan.. Masa tu kan.. Bonda pikir.. Kalau bonda makan, mesti nak kena buang.. Jadi daripada nak kena seksa menanggung sakit ketika membuang.. Baik bonda hindar.. Walaupun ketika tu bonda tengah MENYUSUKAN anakanda Abqary.

Kat sini bonda nampak peranan ESP dari brand Shaklee. Ini testimoni BONDA FARAH ALWANI SENDIRI tau. Memang jadi kat Bonda sendiri. Masa tu bonda bukan pengedar Shaklee tau.. Langsung tak da kena mengena.

Energizing Soy Protein

Kan tadi bonda kata bonda tak makan apa-apa.. Taktau lah sapa yang berani buat macam ni.. Masa dalam tempoh tu.. Bonda cuma minum ESP ni. Sehari dua-empat kali. Sekali minum 2 scoop. Bergantung jugak tahap lapar cemana.. Air tak pernah kurang dari 3liter. No FOODS intake.. Tapi bonda siriyes, tak rasa lapar pun.. Siap boleh bagi susu lagi.. Bonda pun tak tahu mana kekuatan yang bonda dapat.. Tapi lepas 2minggu tu bonda dapat rasa.. "Dahsyat jugak ESP shaklee ni.. Tak da pulak badan rasa lemah atau lesu.. Susu pun pekat dan cik B kerap bengkak kalau lambat nyusukan."

Jadi macam ni kat diri sendiri, buat bonda nekad nak teruskan penyusuan susu ibu dan tak lupa ditemani ESP, Vitalea, B-Complex, Vitamin C, Ostematrix, Omega Guard.

Oh.. Lupa nak bagitau.. Bonda tak amik Alfalfa.. Alfalfa mrmang sangat baik untuk orang yang menyusu.. Tapi disebabkan bonda masih lagi menderita sembelit masa tu, jadi bonda letak sekejap alfalfa ni ke tepi. Alfalfa ni penuh dengan serat.. Bonda bimbang kalau dia membuatkan bonda lebih sembelit.
Tentang sembe


Saturday 26 October 2013

Entri Sulung Blog Keempat

assalam.. Akhirnya.. Blog keempat dapat dicipta selepas kejadian tragis berlaku kat tiga2 blog bonda dulu.. Kejadian lupa paswed.. Hehe.. Oklah.. Entri pertama dari bonda ni.. Jadi blog ni adalah khusus untuk bonda catitkan beberapa catatan penting tentang pengalaman bonda berada dalam alam kehamilan dan berpantang. Setelah tu muncul pulak alam menyusukan bayi dgn titisan emas.. Dan bonda jugak insyaAllah akan kongsikan beberapa tips, serta amalan yg boleh dikatakan ada rakan-rakan yg jadikan bonda rujukan diorang dalam menangani sikit ujian manis dari Allah. Kepada para blogwalkers , bonda sedia menjadi sahabat maya anda ek.. Oh ,sebelum terlupa, blog ni jugak bonda dedikasikan untuk tatapan anakanda2 bonda di masa depan.. Juga, sebagai teman nutrisi kepada jiwa yang ingin menjaga kecantikan dan kesihatan diri. Salam ukhwah fillah. Bonda Farah, Emel - bondafarah8687@gmail.com SMS / Whatsapp - 017-5925972